TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG INI. Powered by Blogger.
RSS

Dera Kanak-kanak di Johor Bahru

Baru-baru ini tersebar di internet mengenai isu penderaan kanak-kanak yang dikatakan berunsur sabotaj dilakukan bekas pengasuh taska berkenaan. Ini menimbulkan kemaraah orang ramai terutama ibu bapa kanak-kanak mangsa. Kanak-kanak didera kejam dengan dililit ketat kain bedung ditambah meletakkan pita pelekat di mulut kanak-kanak kecil itu. Ditambah dua pengasuh tersebut turut membuat rakaman video tujuh bayi tersebut.
Isu ini telah mendapat perhatian Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah dan siasatan telah dilakukan. Dua bekas pengasuh dipercayai melakukan jenayah ini selepas mereka tidak berpuas hati tindakan pengusaha taska kerana memberhentikan mereka.
Pengusaha mengatakan bekas pengasuhnya itu bertindak mahu menjatuhkan maruah dan perniagaannya. Polis telah menerima laporan mengenai isu ini.
Taska Kota Masai tersebut beroperasi sejak Januari tahun lepas dan telah berdaftar dengan pihak JKM. Mereka kini menjaga 30 kanak-kanak berumur sehingga empat tahun yang dikendalikan lima pengasuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment