masalah kulit kanak2
aku bukan seorang pemarah,aku cuma lapar
terdengar tangisan anak kecil di waktu malam2 ni membuatkan aku tak boleh tidur. yelar kan,siapa yang berani bangon malam2 ni just nak tengok anak siapa yang nangis. sedu sedan lak tu wey,.,.adoyai!!~ ~ ~ takot nyer saya. tolong lar ibu kepada anak ni tolong respon. da puas tutup telinga ni tapi still dengar gak. bace pape lar wahai diri.tolong lar. zikir+istighfar,.,come on mulut+hati,.,ucap je apa yang termampu.Allahuakhbar!!banyak sikit lar wahai mulut,mainkan perananmu sebagai alat komunikasi yang telah dianugerahkan-Nya,., Bismillahitawakkaltu alallah.ok,pergi je lar situ,apa yang nak ditakut,bisik hatiku.kan ko tu memang ada adik sedara yang kecil lagi. jalan je lar kaki,aq follow atas,kata kepala,then tangan kata aku bersedia memberi sokongan "fight n flight" bila2 masa yang diperlukan.roger!2.nampak sikit da baby tu.memang betul datang dari sudut tu. bismillahirrahmanirrahim. nape makin kuat tangisan ni?jantungku berdegup kencang bak bunyi enjin motorboat. ok slowly kaki,satu langkah lagi.da confirm adek sedara aku. leganya rasa.apa lar yang aku nak wat sekarang ni?ok,try main chikka boo ngan dy.aik!makin kuat lak dia nangis. camne ni wahai otak yang bergeliga?sekarang ni apa kata ko pergi dapur dan buatkan susu tuk budak ni?great idea!!tanx a lot otak!!tapi siapa nak jaga dak kecil ni?takpe,tunggu jap ek sayang.,.ala mucuk!!2,.,da macam orang bersilat aku kat dapur buat susu tuk anak kecil tu. bila da siap aku lari lar gi tempat anak kecil tu. tiba2 aku tersadung,.,adt0yai1!saket weh,.,lepas tu, elok je ade rasa macam botol susu kat tangan aku gerak. rupa2 nya budak kecil tu merangkak ke tempat aku tersadung tu semata2 nak ambil susu dia,.,bijak!2,.da dapat botol susu, duk guling2 lak atas katil,.bahagia ko ek,.,hahaha,.,.lapar yerk dik,
*kepada ibu bapa,plez jgn biarkan anak2 anda menangis sendirian di waktu malam
*tolong buatkan susu anak pada waktu malam kerana sesungguhnya mereka LAPAR
that's all,.tq
Genius Kids Day Care
Ok hari ni saya nak cakap pasal Dream Nursery. Kenapa? Sebab dulu
saya, mak dan adik pergi ke BN Youth HOPE – Home Ownership Programme Expo
di PWTC. It was a very good expo untuk beri peluang pada anak2 muda beli rumah..
Banyak house developers ada; Sime Darby, SPNB, Mah Sing Group, S P Setia
Bhd Group and banyak lagi la. By the way tema expo ni sangat menusuk
kalbu: “My First Home”. daripada sini, saya mendapat ilham untuk membuat pelan Genius Kids Day Care kumpulan kami.
ini lah pelan Genius Kids Day Care kami!!!qeedsyafa roslan,rekha husain,nur atika mazen,noradina mudin n saya,.,good peeps!!luv u all lah,.,hehhe
My mum is amazing
Jangan marah pada Ibumu…….
Bila Ibu selalu mencarimu bila engkau terlambat pulang dan menghubungi seluruh teman-temanmu untuk menanyakan keberadaanmu.
Mungkin engkau akan berkata… “Ah Ibu… Aku kan bukan anak kecil lagi yang harus terus dikhawatirkan”
Seandainya engkau mengetahui, betapa cemas dan khawatirnya Ibumu karena tidak mengetahui dimana keberadaan dan kondisi kamu.
Anakku….
Jangan marah pada Ibumu……
Bila berkali kali Ibumu menasihati dan mengingatkanmu akan pengaruh pergaulan dan kehidupan yang bebas di luar sana
Mungkin engkau akan mengatakan …. “Aduuuh cerewet banget sih Ibu, ngga ngerti amat sama pergaulan anak muda zaman sekarang”
Seandainya engkau mengetahui, betapa inginnya Ibu selalu berada di dekatmu tuk melindungi dan menjagamu dari gangguan orang-orang yang zhalim dan dari kejahatan lainnya.
Anakku…..
Jangan marah pada Ibumu…..
Bila Ibu setiap kali selalu mengingatkanmu agar selalu ingat dan taat pada Allah.
Mungkin engkau akan mengatakan…. “Mumpung masih muda Bu, aku mau nikmati hidup ini dulu, nanti kalo dah puas dan sudah tua baru deh mikirin akhirat…”
Seandainya engkau mengetahui, betapa inginnya Ibumu melihatmu bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.
Di saat engkau terlelap dalam tidurmu
Di sepertiga malam yang berkah dan penuh Rahmat Allah,
Dengan penuh keikhlasan, sejumlah doa dipanjatkan oleh Ibumu di atas sajadah yang indah
Memohon kebaikan, kemudahan, perlindungan dan keberkahan Allah atasmu
Anakku….
Bagi Ibu, engkau akan selalu menjadi anak Ibu kapanpun dan di manapun engkau berada.
Bahkan saat engkau menjadi bagian dari diri Ibu, hidup dan tidur di dalam rahim Ibumu,
Ibu masih tetap merasakan kekhawatiran akan kesehatan dan keselamatanmu, apalagi bila engkau jauh dari sisi Ibumu
Anakku…..
Dapatkah engkau bayangkan…..
Seandainya Ibu tidak ada lagi di sampingmu?
Tidak ada lagi seorang Ibu yang setiap saat mendengarkan keluhanmu
Tidak ada lagi seorang Ibu yang akan menjaga dan merawatmu di kala engkau sakit
Tidak ada lagi seorang Ibu yang akan menangis melihat anaknya bersedih
Tidak ada lagi seorang Ibu yang tertawa bahagia bila melihat anaknya bahagia
Tidak ada lagi seorang Ibu yang akan memeluk dan menciummu dengan hangat dan penuh cinta yang tulus saat menyambut kedatanganmu
Tidak ada lagi seorang Ibu yang selalu mengkhawatirkanmu
Tidak akan terdengar lagi alunan doa yang indah dan tangisan di tengah malam yang memohon kebaikan untukmu
Anakku….
Ingatlah selalu bahwa Cinta dan Kasih Sayang Ibu tak kan hilang dimakan waktu.
Dahulu…..Sekarang….dan akan datang….Engkau akan tetap menjadi anakku.
Kasih anak sepanjang badan, namun Kasih Ibu sepanjang hayat
Doa dan Ridha Ibu akan selalu menyertaimu
Semoga Allah memberkahi dan meridhaimu anak-anakku
Cara untuk memuji kanak2
terdapat beberapa tips untuk memuji kanak2.
Dera Kanak-kanak di Johor Bahru
isu penderaan kanak2
Pada 3 hb Februari dan Mac lalu, K.Harreswaral, 1 dan Syafiah
Humairah Sahari, 3 tahun mati akibat didera kejam dan masih segar dalam
ingatan kalangan mereka yang bersimpati. Dan pada 17hb April baru lalu,
kejadian sama berulang lagi apabila kanak-kanak perempuan berusia 3
tahun, Lee Swee Hui mati didera oleh bapa tirinya. Pada tubuh mayat
kanak-kanak kecil tidak berdosa itu terdapat lebih 30 kesan lebam dan
luka, dahi serta pipi dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.
Lebih menyayat hati, seorang jiran mangsa berkata, sebelum ini dia
sering mendengar jeritan dan tangisan mangsa pada lewat tengah malam
namum menyangka ia perkara biasa.
Isu buang bayi tidak kurang hebatnya dan dikatakan banyak berlaku di
kalangan remaja Melayu. Semakin isu itu menjadi perhatian dan mendapat
dokongan pelbagai pihak, semakin banyak pula bercambah kes itu
seolah-olah para remaja dan masyarakat umum langsung tidak prihatin dan
tidak mengambil pusing gejala itu sebagai isu yang memalukan dan
mencabar hukum Islam yang disanjung di negara ini. Jika dalam tahun
2009, 40 kes buang bayi dicatatkan JKM dan dicampur kes dari PDRM
sebanyak dua kali ganda bermakna lebih kurang 120 kes dicatatkan
keseluruhannya dalam tahun 2009. Ini tidak termasuk kes yang tidak
dilapur dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa yang mungkin
jumlahnya juga besar.
Apapun, jumlah adalah perkara lain dan soalan yang lebih relevan,
apakah sebab sebenar kes-kes penderaan dan buang bayi di negara ini
masih berleluasa dan meningkat hari demi hari walaupun berbagai
penerangan, penjelasan dan publisiti dari agensi kerajaan mendesak
remaja kita jangan lagi terjebak dalam kes buruk sosial itu. Yang
menyedihkan, banyak ceramah agama, bengkel dan seminar dianjurkan di
kalangan masyarakat dan remaja Islam, tapi kes itu masih juga berlaku
dan berulang.
Apakah silibus dan subjek pendidikan agama dan pendidikan moral di
sekolah termasuk di IPT masih belum berkesan? Apakah ibu bapa kita masih
belum cukup mendidik dan mengambil berat pengajaran agama anak-anak di
rumah sehingga mereka tidak mendapat kesan dari pendidikan yang diberi?
Adakah pergaulan dan cara hidup di luar rumah memang amat mencabar serta
menakutkan yang boleh tertempias kepada semua remaja? Apakah senario
ini dianggap biasa kerana fenomina ini juga berlaku di kalangan remaja
bangsa lain di negara lain yang lebih buruk dan keji?
Gejala buruk sosial berlaku di setiap zaman dan di banyak negara
sejak sekian lama tidak terkecuali di negara ini. Usia gejala buruk dan
jenayah perbuatan manusia adalah sama usia dengan tamadun manusia itu
sendiri. Tidak ada negara di dunia ini yang terbuka seperti negara kita
tidak terkena tempias pengaruh gejala sosial dari barat dalam berbagai
bentuk seperti musik, filem, hiburan, perniagaan, pakaian & fesyen
hingga kepada cara makan dan makanan yang dimakan. Yang berbeza mungkin
kadar peratusan dan rupa bentuk gejala yang datang. Menurut anggapan
umum, semakin dunia maju semakin bertambah kompleks dan semakin kejam
anasir sosial yang merempuh alam dunia remaja.
Kemajuan ekonomi dan pembangunan yang dibawa barat membawa bersama
budaya mereka yang terkenal dikatakan dinamik, terbuka dan berbeza dari
budaya asal penduduk setempat yang ketinggalan zaman. Gejala buruk
sosial seperti pergaulan bebas lelaki wanita, hubungan kelamin sebelum
berkahwin, musik & filem lucah, budaya arak & dadah, cara
berpakaian yang pelik dan keterlaluan tidak pernah ada dalam budaya
rakyat tempatan tetapi terpaksa menerima kesannya – secara sedar atau
tidak – akibat dari kemasukan modal dan kemajuan ekonomi barat yang
dibawa oleh pedagang barat.
Gejala ini sudah lama bertapak dan berkembang hidup dalam masayarakat
kita tidak kira kaum sekian lama sejak sebelum merdeka lagi akibat dari
latarbelakang dan sistem politik barat yang sudah diamalkan di negara
ini. Pengaruh budaya barat sudah memberi impak besar kepada cara hidup
dan berfikir rakyat kita termasuk remaja dalam berbagai bentuk yang
didakwa pregresif, sesuai dengan peredaran zaman dan kreatif tetapi
seringkali bercanggah dengan hukum Islam dan kehendak agama.
Isu mendera kanak-kanak dan membuang bayi tidak pernah diajar Islam
tetapi begitu berleluasa berlaku di kalangan remaja Melayu Islam kita.
Hal ini berpunca dari pergaulan bebas ala-barat tanpa had antara lelaki
wanita yang membawa kepada cara hidup bebas membenarkan hubungan kelamin
sebelum berkahwin. Episod itu akhirnya membawa kepada lahirnya anak
luar nikah. Remaja yang buntu, tidak berfikir panjang akan membuang
janinnya di mana saja akibat kecewa dan malu yang mahu ditutup segera.
Perkara ini terjadi kerana tipisnya nilai iman dan kurangnya kesedaran
beragama di kalangan remaja yang sepatutnya dididik di rumah oleh
ibubapa yang bertanggungjawab.
Masalahnya, ada kalangan ibu bapa yang bukan saja tidak mengajar
agama di rumah, malah tidak langsung mengawal pergaulan anak-anaknya di
luar rumah yang akhirnya membawa kepada wujudnya gejala zina dan buang
bayi.
Pendapat umum mendedahkan, gejala buruk itu berlaku di kalangan
remaja Melayu adalah akibat dari kurangnya pengetahuan tentang ilmu
Islam yang menitiberatkan pendidikan agama sejak dari kecil lagi. Hanya
dengan benteng agama dan kekuatan rohani yang kuat boleh menolak
perangai buruk dari melekat dalam jiwa remaja. Ilmu yang kukuh
bersandarkan iman yang tinggi boleh mencegah remaja kita tidak terlibat
dalam pergaulan bebas keterlaluan yang membawa kepada perbuatan zina.
Salah satu punca gejala itu berlaku kerana pasangan tidak faham erti
sebenar perkahwinan dan maksud mendapat keturunan hasil dari
perkahwinan. Majoriti mereka gagal dalam perkahwinan kerana tiada imu
berumahtangga dan berkahwin atas dasar nafsunafsi. Apabila memasukki
alam berumahtangga dan menghadapi realiti hidup sebagai suami atau
isteri, mereka mula teruji dan bagi yang tidak berilmu dan kurang sabar
berkemungkinan terjebak dalam gejala bukan-bukan seperti mendera anak
atau pasangan masing-masing.
Sepatutnya sebelum mendirikan rumahtangga, setiap remaja wajib
mengikuti kursus perkahwinan scara profesional bagi mempersiap diri.
Dengan ilmu yang cukup serta kesedaran yang mendalam gejala buruk dan
masalah rumahtangga dapat dielakkan. Salah satu faktor lain yang juga
menyumbang besar adalah berpunca dari masalah kewangan keluarga yang
serius sehingga selalu timbul salah faham dan berakhir dengan
pertengakaran. Yang menjadi mangsa dan terkorban adalah anak-anak yang
tidak berdosa apabila berlaku perceraian dan ibu yang kehilangan tempat
bergantung.
Dari sudut Islam, dilemma sosial global dan masalah sejagat umat
Islam boleh diselesaikan jika semua muslim kembali kepada ajaran Islam
yang bersumber dari AlQuran dan Hadis. Apa yang diperlukan adalah
keazaman pemerintah dan pemimpin yang benar-benar komited mahu melakukan
dengan bersungguh-sungguh dan menolak semua jenis fikiran dan ajaran
yang bukan Islamik.
16 May 2012
hari yang tak dapat ku lupakan. memang bet0l-betol terperanjat dengan mesej yang mak bagi. sebelum tu telefon mak tapi mak tak angkat, rupa-rupa nya mak tengah sedih sebab cik rashid meninggal maghrib tadi. jenazah ada kat Beijing sebab arwah dirawat kat sana. esok jenazah akan sampai kat Malaysia waktu petang, InsyaAllah kalau takde pape halangan. rasa sayu menyelubungi hati bila terkenangkan arwah seorang yang peramah,baik dan suka bagi motivasi kat anak-anak sedara dia yang malas belajar macam kami. Allah Maha Mengetahui segalanya. Moga arwah Roshid Salleh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.