Baru-baru ini tersebar di internet
mengenai isu penderaan kanak-kanak yang dikatakan berunsur sabotaj
dilakukan bekas pengasuh taska berkenaan. Ini menimbulkan kemaraah orang
ramai terutama ibu bapa kanak-kanak mangsa. Kanak-kanak didera kejam
dengan dililit ketat kain bedung ditambah meletakkan pita pelekat di
mulut kanak-kanak kecil itu. Ditambah dua pengasuh tersebut turut
membuat rakaman video tujuh bayi tersebut.
Isu
ini telah mendapat perhatian Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) negeri, Khatijah Abdullah dan siasatan telah dilakukan. Dua bekas
pengasuh dipercayai melakukan jenayah ini selepas mereka tidak berpuas
hati tindakan pengusaha taska kerana memberhentikan mereka.
Pengusaha
mengatakan bekas pengasuhnya itu bertindak mahu menjatuhkan maruah dan
perniagaannya. Polis telah menerima laporan mengenai isu ini.
Taska
Kota Masai tersebut beroperasi sejak Januari tahun lepas dan telah
berdaftar dengan pihak JKM. Mereka kini menjaga 30 kanak-kanak berumur
sehingga empat tahun yang dikendalikan lima pengasuh.
0 comments:
Post a Comment