Pada 3 hb Februari dan Mac lalu, K.Harreswaral, 1 dan Syafiah
Humairah Sahari, 3 tahun mati akibat didera kejam dan masih segar dalam
ingatan kalangan mereka yang bersimpati. Dan pada 17hb April baru lalu,
kejadian sama berulang lagi apabila kanak-kanak perempuan berusia 3
tahun, Lee Swee Hui mati didera oleh bapa tirinya. Pada tubuh mayat
kanak-kanak kecil tidak berdosa itu terdapat lebih 30 kesan lebam dan
luka, dahi serta pipi dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.
Lebih menyayat hati, seorang jiran mangsa berkata, sebelum ini dia
sering mendengar jeritan dan tangisan mangsa pada lewat tengah malam
namum menyangka ia perkara biasa.
Isu buang bayi tidak kurang hebatnya dan dikatakan banyak berlaku di
kalangan remaja Melayu. Semakin isu itu menjadi perhatian dan mendapat
dokongan pelbagai pihak, semakin banyak pula bercambah kes itu
seolah-olah para remaja dan masyarakat umum langsung tidak prihatin dan
tidak mengambil pusing gejala itu sebagai isu yang memalukan dan
mencabar hukum Islam yang disanjung di negara ini. Jika dalam tahun
2009, 40 kes buang bayi dicatatkan JKM dan dicampur kes dari PDRM
sebanyak dua kali ganda bermakna lebih kurang 120 kes dicatatkan
keseluruhannya dalam tahun 2009. Ini tidak termasuk kes yang tidak
dilapur dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa yang mungkin
jumlahnya juga besar.
Apapun, jumlah adalah perkara lain dan soalan yang lebih relevan,
apakah sebab sebenar kes-kes penderaan dan buang bayi di negara ini
masih berleluasa dan meningkat hari demi hari walaupun berbagai
penerangan, penjelasan dan publisiti dari agensi kerajaan mendesak
remaja kita jangan lagi terjebak dalam kes buruk sosial itu. Yang
menyedihkan, banyak ceramah agama, bengkel dan seminar dianjurkan di
kalangan masyarakat dan remaja Islam, tapi kes itu masih juga berlaku
dan berulang.
Apakah silibus dan subjek pendidikan agama dan pendidikan moral di
sekolah termasuk di IPT masih belum berkesan? Apakah ibu bapa kita masih
belum cukup mendidik dan mengambil berat pengajaran agama anak-anak di
rumah sehingga mereka tidak mendapat kesan dari pendidikan yang diberi?
Adakah pergaulan dan cara hidup di luar rumah memang amat mencabar serta
menakutkan yang boleh tertempias kepada semua remaja? Apakah senario
ini dianggap biasa kerana fenomina ini juga berlaku di kalangan remaja
bangsa lain di negara lain yang lebih buruk dan keji?
Gejala buruk sosial berlaku di setiap zaman dan di banyak negara
sejak sekian lama tidak terkecuali di negara ini. Usia gejala buruk dan
jenayah perbuatan manusia adalah sama usia dengan tamadun manusia itu
sendiri. Tidak ada negara di dunia ini yang terbuka seperti negara kita
tidak terkena tempias pengaruh gejala sosial dari barat dalam berbagai
bentuk seperti musik, filem, hiburan, perniagaan, pakaian & fesyen
hingga kepada cara makan dan makanan yang dimakan. Yang berbeza mungkin
kadar peratusan dan rupa bentuk gejala yang datang. Menurut anggapan
umum, semakin dunia maju semakin bertambah kompleks dan semakin kejam
anasir sosial yang merempuh alam dunia remaja.
Kemajuan ekonomi dan pembangunan yang dibawa barat membawa bersama
budaya mereka yang terkenal dikatakan dinamik, terbuka dan berbeza dari
budaya asal penduduk setempat yang ketinggalan zaman. Gejala buruk
sosial seperti pergaulan bebas lelaki wanita, hubungan kelamin sebelum
berkahwin, musik & filem lucah, budaya arak & dadah, cara
berpakaian yang pelik dan keterlaluan tidak pernah ada dalam budaya
rakyat tempatan tetapi terpaksa menerima kesannya – secara sedar atau
tidak – akibat dari kemasukan modal dan kemajuan ekonomi barat yang
dibawa oleh pedagang barat.
Gejala ini sudah lama bertapak dan berkembang hidup dalam masayarakat
kita tidak kira kaum sekian lama sejak sebelum merdeka lagi akibat dari
latarbelakang dan sistem politik barat yang sudah diamalkan di negara
ini. Pengaruh budaya barat sudah memberi impak besar kepada cara hidup
dan berfikir rakyat kita termasuk remaja dalam berbagai bentuk yang
didakwa pregresif, sesuai dengan peredaran zaman dan kreatif tetapi
seringkali bercanggah dengan hukum Islam dan kehendak agama.
Isu mendera kanak-kanak dan membuang bayi tidak pernah diajar Islam
tetapi begitu berleluasa berlaku di kalangan remaja Melayu Islam kita.
Hal ini berpunca dari pergaulan bebas ala-barat tanpa had antara lelaki
wanita yang membawa kepada cara hidup bebas membenarkan hubungan kelamin
sebelum berkahwin. Episod itu akhirnya membawa kepada lahirnya anak
luar nikah. Remaja yang buntu, tidak berfikir panjang akan membuang
janinnya di mana saja akibat kecewa dan malu yang mahu ditutup segera.
Perkara ini terjadi kerana tipisnya nilai iman dan kurangnya kesedaran
beragama di kalangan remaja yang sepatutnya dididik di rumah oleh
ibubapa yang bertanggungjawab.
Masalahnya, ada kalangan ibu bapa yang bukan saja tidak mengajar
agama di rumah, malah tidak langsung mengawal pergaulan anak-anaknya di
luar rumah yang akhirnya membawa kepada wujudnya gejala zina dan buang
bayi.
Pendapat umum mendedahkan, gejala buruk itu berlaku di kalangan
remaja Melayu adalah akibat dari kurangnya pengetahuan tentang ilmu
Islam yang menitiberatkan pendidikan agama sejak dari kecil lagi. Hanya
dengan benteng agama dan kekuatan rohani yang kuat boleh menolak
perangai buruk dari melekat dalam jiwa remaja. Ilmu yang kukuh
bersandarkan iman yang tinggi boleh mencegah remaja kita tidak terlibat
dalam pergaulan bebas keterlaluan yang membawa kepada perbuatan zina.
Salah satu punca gejala itu berlaku kerana pasangan tidak faham erti
sebenar perkahwinan dan maksud mendapat keturunan hasil dari
perkahwinan. Majoriti mereka gagal dalam perkahwinan kerana tiada imu
berumahtangga dan berkahwin atas dasar nafsunafsi. Apabila memasukki
alam berumahtangga dan menghadapi realiti hidup sebagai suami atau
isteri, mereka mula teruji dan bagi yang tidak berilmu dan kurang sabar
berkemungkinan terjebak dalam gejala bukan-bukan seperti mendera anak
atau pasangan masing-masing.
Sepatutnya sebelum mendirikan rumahtangga, setiap remaja wajib
mengikuti kursus perkahwinan scara profesional bagi mempersiap diri.
Dengan ilmu yang cukup serta kesedaran yang mendalam gejala buruk dan
masalah rumahtangga dapat dielakkan. Salah satu faktor lain yang juga
menyumbang besar adalah berpunca dari masalah kewangan keluarga yang
serius sehingga selalu timbul salah faham dan berakhir dengan
pertengakaran. Yang menjadi mangsa dan terkorban adalah anak-anak yang
tidak berdosa apabila berlaku perceraian dan ibu yang kehilangan tempat
bergantung.
Dari sudut Islam, dilemma sosial global dan masalah sejagat umat
Islam boleh diselesaikan jika semua muslim kembali kepada ajaran Islam
yang bersumber dari AlQuran dan Hadis. Apa yang diperlukan adalah
keazaman pemerintah dan pemimpin yang benar-benar komited mahu melakukan
dengan bersungguh-sungguh dan menolak semua jenis fikiran dan ajaran
yang bukan Islamik.
isu penderaan kanak2
09:19 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment